“Aroma kopi baru dibancuh membangkitkan banyak kenangan bagi saya, terutamanya saat-saat bersama rakan dan keluarga, orang yang saya sayangi. Saya ingin menghasilkan campuran kopi ini dengan semangat itu, serta mewujudkan sebuah tempat untuk orang ramai berhimpun dan berehat sejenak daripada kesibukan harian mereka."

Permulaan
Segala-galanya

Kedai kopi pertama Ralph Lauren dibuka pada tahun 2014 di Bandar New York. Terletak di penjuru 55th Street dan menghadap Fifth Avenue dalam sebuah bangunan bersejarah, Ralph’s Coffee membangkitkan semangat jenama Ralph Lauren Amerika yang tak lapuk dek zaman dengan suasana baharu yang segar, menyerlah dan asli. Dengan rasa vintaj yang menawan, Ralph’s Coffee menyediakan ruangan mesra dan selesa bagi warga New York yang sibuk serta pelawat untuk menikmati secangkir kopi. Tetamu juga boleh menikmati pencuci mulut segar yang disediakan oleh The Polo Bar, yang dibuka pada tahun yang sama, di tingkat bawah bangunan tersebut.
Sejak tahun 2014, Ralph Lauren telah membuka kedai kopi dan trak Ralph’s Coffee di seluruh dunia, yang sentiasa menghubungkan orang ramai serta menzahirkan erti sebenar hospitaliti. Berasaskan kejayaan Ralph’s Coffee di 55th Street, Ralph Lauren mengongsikan pengalaman Ralph’s Coffee ke seluruh dunia melalui kafe, trak kopi, koisk dan basikal roda tiga.

Campuran Ralph’s Coffee

Campuran istimewa Ralph, termasuk Ralph’s Roast, Decaf dan Espresso menggunakan biji kopi yang ditanam secara organik dari Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Afrika, serta dipanggang dan dibungkus di Philadelphia oleh La Colombe. Hanya Swiss Water Process semula jadi digunakan untuk nyahkafein.
La Colombe ialah pemanggang kopi terkemuka, terkenal dengan amalan perdagangan jangka panjang yang beretika dalam kalangan peladang kopi. Dianggap sebagai salah satu peneraju gelombang ketiga kopi, syarikat ini membekalkan campuran klasik istimewa dan kopi asalan tunggal yang luar biasa kepada kafe, hotel, restoran dan peruncit di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini memiliki dan mengendalikan 32 buah kafe di Philadelphia, New York, Chicago, Boston, Los Angeles, Austin dan Washington, D.C., dengan lokasi tambahan dan pasaran baharu yang dijadualkan dibuka pada tahun 2022–2023. Syarikat ini juga menjadi tumpuan dalam industri minuman sedia diminum melalui DRAFT LATTE—latte sejuk bertekstur pertama di dunia.

Terokai Lokasi Kami

Dari Madison Avenue di New York hingga ke Doha di Qatar