“Aroma kopi baru dibancuh membangkitkan banyak kenangan bagi saya, terutamanya saat-saat bersama rakan dan keluarga, orang yang saya sayangi. Saya ingin menghasilkan campuran kopi ini dengan semangat itu, serta mewujudkan sebuah tempat untuk orang ramai berhimpun dan berehat sejenak daripada kesibukan harian mereka.”
Koleksi Ralph’s Coffee
Permulaan Segala-galanya
Kedai kopi pertama Ralph Lauren dibuka pada tahun 2014 di Bandar New York. Terletak di penjuru 55th Street dan menghadap Fifth Avenue dalam sebuah bangunan bersejarah, Ralph’s Coffee membangkitkan semangat jenama Ralph Lauren Amerika yang tak lapuk dek zaman dengan suasana baharu yang segar, menyerlah dan asli. Dengan rasa vintaj yang menawan, Ralph’s Coffee menyediakan ruangan mesra dan selesa bagi warga New York yang sibuk serta pelawat untuk menikmati secangkir kopi. Tetamu juga boleh menikmati pencuci mulut segar yang disediakan oleh The Polo Bar, yang dibuka pada tahun yang sama, di tingkat bawah bangunan tersebut.
Sejak tahun 2014, Ralph Lauren telah membuka kedai kopi dan trak Ralph’s Coffee di seluruh dunia, yang sentiasa menghubungkan orang ramai serta menzahirkan erti sebenar hospitaliti. Berasaskan kejayaan Ralph’s Coffee di 55th Street, Ralph Lauren mengongsikan pengalaman Ralph’s Coffee ke seluruh dunia melalui kafe, trak kopi, kiosk dan basikal roda tiga.
Campuran Ralph’s Coffee
Campuran istimewa Ralph, termasuk Ralph’s Roast, Decaf dan Espresso menggunakan biji kopi yang ditanam secara organik dari Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Afrika, serta dipanggang dan dibungkus di Philadelphia oleh La Colombe. Hanya Swiss Water Process semula jadi digunakan untuk nyahkafein.
