Sebagai ahli Oceti Sakowin dan pengasas jenama pakaian TÓPA, Ralph Lauren Artists in Residence, Jocy dan Trae Little Sky menggabungkan siluet moden dengan elemen reka bentuk unik Orang Asli yang mencerminkan keindahan dan keunikan budaya Northern Plains mereka.
Dalam kerjasama kedua ini, Polo Ralph Lauren dan TÓPA mengembangkan visi koleksi pertama dengan meneroka lebih mendalam tentang kisah, seni dan tradisi yang membentuk warisan Northern Plains Jocy & Trae
“Menghidupkan ekspresi warisan kraf asli bermakna kita perlu bekerjasama dengan individu yang telah mencipta dan mengekalkan tradisi abadi ini selama berabad-abad, serta berkongsi kisah mereka kepada dunia.”
Jocy dan Trae Little Sky ialah penggiat persembahan, pereka, artis yang memenangi anugerah, serta ahli Bangsa Oceti Sakowin (People of Seven Council Fires). Jocy berasal dari puak Dakota dan Mandan, Hidatsa serta Arikara, manakala Trae berasal dari puak Oglala Lakota dan Stoney Nakoda
Keluarga Little Sky menghormati warisan mereka dan memelihara budaya mereka melalui amalan tradisional, termasuk menghasilkan regalia buatan tangan, menari tarian Pow Wow dan mempelajari bahasa nenek moyang mereka sebagai sebuah keluarga. Mengekalkan Lako Wicoh’an (resam hidup) dan Lakol woyukcan (pemikiran), ini merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian mereka
Jenama mereka, TÓPA, bermaksud “empat” dalam bahasa Oceti Sakowin. Ini mewakili elemen budaya yang penting, termasuk empat arah mata angin, empat dimensi kesejahteraan, empat musim, empat peringkat kehidupan, serta empat warna bermakna: merah, hitam, kuning dan putih
Seiring dengan impian Ralph Lauren untuk kehidupan yang lebih baik, TÓPA menyatukan dimensi utama kesejahteraan, mental, fizikal, emosi dan rohani, lalu menghasilkan bukan sekadar fesyen, malah satu cara hidup yang indah dan autentik
Dihasilkan dengan teliti dan penuh pertimbangan, koleksi kedua ini lebih menonjolkan seni manik, ketukangan tangan serta hubungan yang mendalam dan berterusan antara manusia, tanah dan Saudara Tumbuhan kita
Motif bunga, tumbuhan ubatan, biji benih serta simbol langit menghargai Saudara Tumbuhan kita dan melambangkan hubungan erat antara manusia dan alam yang menjadi sumber kehidupan. Rekaan ini meraikan pengetahuan turun-temurun tentang pemakanan, penyembuhan, upacara dan penjagaan tanah
Palet warna yang kaya dalam koleksi kedua ini merangkumi rona biru, hijau, merah, ungu, kuning, hitam dan putih yang dipilih dengan penuh pertimbangan untuk menggambarkan landskap Northern Plains, tumbuhan ubatan, perubahan musim serta nilai dan ajaran budaya yang diwarisi turun-temurun
Daftar masuk untuk mencipta senarai dan menyimpan semua senarai anda untuk lebih daripada 30 hari.
Daftar masuk / daftar