Tali Pinggang Bermanik PRL x TÓPA Earth's Embrace Polo Ralph Lauren 1

Tali Pinggang Bermanik PRL x TÓPA Earth's Embrace

Polo Ralph Lauren

TIDAK TERSEDIA SEKARANG

This product is currently not available to shop. Click below to shop similar items.

Beli Item Yang Serupa
Mempersembahkan Polo Ralph Lauren x TÓPA, kolaborasi berterusan program Ralph Lauren Artist in Residence yang mencerminkan pendekatan reka bentuk kami yang berkembang bersama artisan dan komuniti yang memberi kami inspirasi. Koleksi ini menampilkan kesenian pasangan suami isteri Jocy dan Trae Little Sky—pengasas jenama pakaian TÓPA dan ahli kehormat Oceti Sakowin (People of Seven Council Fires); Jocy berasal dari Dakota dan Bangsa Mandan, Hidatsa dan Arikara (MHA/Dakota) dan Trae berbangsa Oglala Lakota dan Stoney Nakoda. Ciptaan mereka menggabungkan siluet moden dengan unsur unik budaya Orang Asli bagi menghormati dan memelihara tradisi nenek moyang di samping mencerminkan keindahan dan keceriaan warisan Northern Plains mereka. Nama TÓPA yang bermaksud "empat" dalam bahasa Oceti Sakowin, melambangkan empat arah, empat musim, empat peringkat hidup dan empat warna yang bermakna. Dihasilkan daripada kulit butiran penuh, reka bentuk manik sulaman tangan pada tali pinggang uniseks ini menzahirkan tafsiran visual keseimbangan dan keharmonian, dengan motif bintang dan awan yang melambangkan pantulan langit di atas ke bumi di bawah. Warna yang dizahirkan dengan halus termasuk warna biru yang mewakili langit, air dan perlindungan, manakala hijau melambangkan penyembuhan, pembaharuan dan Alam Semula Jadi. Sebagai unsur penting dalam ekspresi seni dan budaya ahli Oceti Sakowin, sulaman manik menjunjung etos yang menjadikan kerja tangan yang memakan masa sebagai luahan kasih, sayang dan penghargaan.
  • Butiran Produk

    Butiran
    • Saiz lelaki tersedia dalam XS-XXL. Kami mencadangkan wanita memesan satu saiz lebih kecil daripada saiz yang biasa dipakai. Lebar semua saiz ialah 3.8 cm.
    • Gancu lungsur loyang antik satu pin direka khas dengan logo "Polo". Satu gelung kulit. Hujung sedikit runcing.
    • Bintang empat bucu dan "TÓPA" dicetak tenggelam pada tali.
    • 100% kulit (tidak termasuk hiasan). Pastikan sebarang tumpahan segera dilap daripada permukaan kulit. Untuk kesan kotoran yang sukar ditanggalkan, kami mengesyorkan pembersihan profesional daripada pakar barangan kulit. Diimport.
    • Didatangkan dengan beg pelindung habuk khas PRL x TÓPA.
    • Dari 18 Ogos 2026 hingga 18 Ogos 2028, lima peratus daripada harga pembelian setiap item dalam koleksi Polo Ralph Lauren x TÓPA akan disumbangkan kepada Program Biasiswa Ralph Lauren x TÓPA di bawah Dana Kolej Orang Asli Amerika.
    • Dana Kolej Orang Asli Amerika menyokong Pengajian Orang Asli Amerika dan Masyarakat Peribumi di Kolej dan Universiti Suku Kaum (TCU) yang terpilih.
    • Dana Kolej Orang Asli Amerika melabur untuk pendidikan pelajar Orang Asli dan kolej suku kaum melalui program serta perkhidmatan inovatif yang meningkatkan akses dan kejayaan pendidikan daripada peringkat awal kanak-kanak kepada alam pekerjaan.
    • ID Produk Dalam Talian: 100092741

Lengkapkan Penampilan Anda