Acara tiga hari yang meraikan budaya, komuniti
dan pengumpulan koleksi buat julung-julung kalinya
ACARA
Sejak tahun 1976 ketika Ralph Lauren mula bertapak di Jepun, para penggemar Jepun telah membangunkan gaya Polo tersendiri yang dibentuk oleh penghargaan bersama terhadap keaslian, objek yang lusuh dan dibaiki yang indah, tradisi kolej, seni jahitan Inggeris dan Americana klasik. PoloFest meneroka pertukaran yang unik dan berterusan ini.
Kongsi Kisah Anda
Ada cerita tentang apa maknanya Polo buat diri anda?
Kongsikan kisah anda. Kami teruja untuk mendengar kisah anda
#PoloFest
Sorotan
- Pameran Terpilih
- Pasar Vintaj
- Artisan Tradisional
- Siri Bual Bicara
- Koleksi Edisi Terhad
- Ralph's Coffee
PoloFest Tokyo dibuka dengan pameran imersif yang menjejaki pertukaran budaya selama 50 tahun antara Polo dengan Jepun, bersama pasar vintaj yang disusun oleh pakar yang menampilkan pengumpul dari Jepun dan seluruh dunia—semuanya menyorot era ikonik sejarah jenama, daripada rasa cinta kami terhadap aksesori dan seni jahitan kemas, kepada pakaian kerja gaya luar dan bergrafik serta fesyen jalanan berinspirasikan sukan.
Siri bual bicara harian membangkitkan suara yang paling berpengaruh dalam komuniti ini—pengumpul, pempengaruh dan penggemar —merungkaikan asbab hubungan ini masih utuh. Salah satu nilai yang diterapkan di Jepun ialah kepercayaan Ralph bahawa pakaian bertambah indah seiring masa.
Bagi mengiktiraf penghargaan bersama ini, PoloFest menghimpunkan sekumpulan kecil artisan Jepun yang hasil kerja mereka didedikasikan untuk memberikan nafas baharu kepada pakaian unik sebagai cara memelihara jangka hayat pakaian. Menerusi teknik jahitan tradisional, mereka telah menghidupkan semula pakaian klasik Polo dengan menukar pakaian menjadi hasil ketukangan dan sejarah peribadi yang unik.
Gaya Polo yang Kekal Relevan
Di seluruh dunia, dari New York ke Tokyo, para pengumpul dan penggemar Polo mempamerkan cara mereka mengolah gaya Polo menjadi identiti tersendiri
PARA PENGUMPUL
Dari Tokyo hingga seantero dunia, para pengumpul barangan vintaj Ralph Lauren berhimpun dalam sebuah pasar yang disusun mengikut empat gaya klasik Polo
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PoloFest dan acara Ralph Lauren yang lain, sila daftar untuk mendapat kemas kini melalui e-mel daripada Ralph Lauren
RALPH IN JAPAN
Polo Ralph Lauren mula bertapak di Jepun pada tahun 1976 melalui usahasama dengan Seibu dan membuka butik di lokasi utama gedung serbaneka tersebut di Ikebukuro—salah satu peruncit terkemuka di Jepun, yang terkenal dengan pendekatan progresif mereka terhadap fesyen dan budaya.
Pertunjukan fesyen Polo di Hotel Tokyo Prince meninggalkan impak yang mendalam: Editor dan wartawan terpegun dengan kombinasi koleksi yang santai, sporty dan tidak terjangka. Satu gaya menggabungkan potongan yang diinspirasikan daripada gaya Inggeris dengan kasut but kembara, gaya awal yang bakal menjadi identiti teras Polo: gandingan kontras antara tradisi dan gaya tidak formal
