Pesona abadi percutian di kawasan hutan Amerika menjadi inspirasi di sebalik visi Ralph Lauren bagi kemewahan yang merentas zaman untuk Musim Luruh 2026
Gaya Generasi
Pakaian Bermusim
Senarai Main
Pakaian Bermusim
Di tengah-tengah bukit-bukau yang dipenuhi pokok pain tinggi, pondok desa terletak di antara tasik berkabus dan hutan yang masih terpelihara
Sementara aliran sungai yang deras bergema di lembah berliku, seakan-akan memanggil kita pulang kembali
Latar sinematik ini menjadi inspirasi di sebalik visi Ralph Lauren bagi kemewahan Amerika yang merentas zaman untuk Musim Luruh 2026
Di tengah hamparan alam yang luas, warisan keanggunan berkembang menjadi gaya merentas generasi
Potongan sofistikated dipadankan dengan jaket shearling dan mantel bulu
Di sini, semasa di dalam hutan ini, bersiar siar santai, makan malam yang dinanti nantikan serta gelak tawa bersebelahan unggun api memberikan perasaan tenang, sejahtera dan amat dihargai
Tradisi lama yang dihormati ini menjadi inspirasi busana musim ini: meriah, menyerlah dan abadi selamanya
Senarai Main
Gabungan pelbagai alunan yang diinspirasikan oleh perasaan dan kenangan dari tempat-tempat yang paling dihargai dalam hidup kita
