Scroll to Explore
Ralph Lauren sentiasa berpegang pada nilai keabadian. Daripada koleksi tali leher pertamanya yang direka pada tahun 1967 hinggalah barangan vintaj kegemarannya yang sering dipakai dan dijadikan rujukan, visi beliau terhadap ketukangan berkualiti dan gaya yang berkekalan tidak pernah berubah.
Keabadian bermaksud menghasilkan barangan yang boleh dipakai tahun demi tahun, dari satu generasi ke generasi seterusnya. Olahan gaya klasik menggunakan bahan yang paling berkualiti tinggi, seiring waktu, setiap produk ini semakin bernilai. Semakin kerap dipakai, semakin terserlah kisah penceritaannya, mencorak kehidupan melangkaui satu musim untuk dekad yang mendatang.
Sama ada kemeja Polo ikonik daripada benang kapas tebal atau jumper kait awan kabel kasmir Itali, Ralph Lauren berhasrat menghasilkan setiap rekaan dengan penuh ketelitian, keindahan dan perhatian agar setiap produk tahan lama dan digunakan semula.
"Kami sentiasa mengutamakan nilai dan rekaan yang tahan lama sebuah karya yang abadi dan kekal relevan. Semakin lama, semakin dihargai, tanpa lapuk ditelan zaman. "
Direka Penuh Perhatian
Pensijilan
As verified by third-party organisations
Sayangi Lebih Lama
Bagi memastikan produk Ralph Lauren anda mengekalkan kualiti untuk diwarisi generasi akan datang, sentiasa patuhi petua penjagaan yang tertera pada setiap label. Bagi tujuh produk ikonik ini, kami telah mengumpulkan petua penjagaan tambahan daripada pasukan reka bentuk.
Direka untuk Tahan Lama
Program kitar semula dan koleksi vintaj kami memastikan produk Ralph Lauren boleh diguna lebih daripada sekali
Program Kitar Semula
Program kitar semula kasmir dan denim Ralph Lauren dibangunkan sebagai sebahagian daripada proses Cradle to Cradle Certified®.
Kasmir
Sekiranya anda berada di Amerika Utara atau Eropah, anda boleh meminta label penghantaran prabayar untuk mengitar semula produk kasmir 100 peratus Ralph Lauren serta produk bukan Ralph Lauren melalui Re-Verso™.
Denim
Sekiranya anda berada di Amerika, anda boleh meminta label penghantaran prabayar untuk mengitar semula produk denim Ralph Lauren melalui program kitar semula denim Cotton’s Blue Jeans Go Green™. Produk mestilah diperbuat daripada sekurang-kurangnya 90 peratus kapas untuk dikitar semula melalui program ini.
Blue Jeans Go Green™ ialah cap dagang milik Cotton Incorporated.
