Scroll to Explore
Ralph Lauren sentiasa berpegang pada nilai keabadian. Daripada koleksi tali leher pertamanya yang direka pada tahun 1967 hinggalah barangan vintaj kegemarannya yang sering dipakai dan dijadikan rujukan, visi beliau terhadap ketukangan berkualiti dan gaya yang berkekalan tidak pernah berubah.
Keabadian bermaksud menghasilkan barangan yang boleh dipakai tahun demi tahun, dari satu generasi ke generasi seterusnya. Olahan gaya klasik menggunakan bahan yang paling berkualiti tinggi, seiring waktu, setiap produk ini semakin bernilai. Semakin kerap dipakai, semakin terserlah kisah penceritaannya, mencorak kehidupan melangkaui satu musim untuk dekad yang mendatang.
Sama ada kemeja Polo ikonik daripada benang kapas tebal atau jumper kait awan kabel kasmir Itali, Ralph Lauren berhasrat menghasilkan setiap rekaan dengan penuh ketelitian, keindahan dan perhatian agar setiap produk tahan lama dan digunakan semula.
"Kami sentiasa mengutamakan nilai dan rekaan yang tahan lama sebuah karya yang abadi dan kekal relevan. Semakin lama, semakin dihargai, tanpa lapuk ditelan zaman. "
