Pesona abadi percutian di kawasan hutan Amerika menjadi inspirasi di sebalik visi Ralph Lauren bagi kemewahan yang merentas zaman untuk Musim Luruh 2026
Gaya Generasi
Pakaian Bermusim
Pakaian Bermusim
Senarai Main
Di tengah-tengah bukit-bukau yang dipenuhi pokok pain tinggi, pondok desa terletak di antara tasik berkabus dan hutan yang masih terpelihara
Sementara aliran sungai yang deras bergema di lembah berliku, seakan-akan memanggil kita pulang kembali
Latar sinematik ini menjadi inspirasi di sebalik visi Ralph Lauren bagi kemewahan Amerika yang merentas zaman untuk Musim Luruh 2026
Di tengah hamparan alam yang luas, warisan keanggunan berkembang menjadi gaya merentas generasi
Potongan sofistikated dipadankan dengan jaket shearling dan mantel bulu
serta plaid lembut dan fabrik tweed yang menampilkan sentuhan warisan
Artis Residen
Polo Ralph Lauren x TÓPA Suede Fringe Jacket
Di sini, di tepi sungai, tradisi terus dihormati seperti yang dilakukan sejak sekian lama
Jalan-jalan santai, permainan tahunan dan gelak tawa di sisi unggun api dinikmati tanpa tergesa-gesa, sederhana dan penuh makna
Kesederhanaan ini membentuk gaya musim ini: lasak, berkarakter dan kekal relevan sepanjang zaman
Senarai Main
Gabungan pelbagai alunan yang diinspirasikan oleh perasaan dan kenangan dari tempat-tempat yang paling dihargai dalam hidup kita
