Kardigan Red Wind Star PRL x TÓPA
Ditambah pada Senarai Hajat
Daftar masuk untuk mencipta senarai dan menyimpan semua senarai anda untuk lebih daripada 30 hari.
Daftar masuk / daftarPolo Ralph Lauren
RM5,990.00
Item No.100083507
-
Saiz:
-
XXL
TIDAK TERSEDIA SEKARANG
Pilih saiz dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel apabila stok tersedia -
S/M
TIDAK TERSEDIA SEKARANG
Pilih saiz dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel apabila stok tersedia -
L/XL
TIDAK TERSEDIA SEKARANG
Pilih saiz dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel apabila stok tersedia -
XXS/XS
TIDAK TERSEDIA SEKARANG
Pilih saiz dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel apabila stok tersedia
-
XXL
Daftar Masuk
atau
Cipta Akaun
sekarang
Memperkenalkan Polo Ralph Lauren x TÓPA, kolaborasi terbaharu program Ralph Lauren Artist in Residence, yang mencerminkan pendekatan reka bentuk kami yang telah berkembang bersama artisan dan komuniti yang memberi inspirasi kepada kami. Koleksi ini menampilkan kesenian pasangan isteri suami Jocy dan Trae Little Sky—pengasas jenama pakaian TÓPA dan ahli kehormat Oceti Sakowin (People of Seven Council Fires); Jocy berasal dari Dakota dan Mandan, Hidatsa, serta Negara Arikara (MHA/Dakota) dan Trae berasal dari Oglala Lakota dan Stoney Nakoda. Ciptaan mereka menggabungkan siluet moden dengan unsur unik budaya Orang Asli bagi menghormati dan memelihara tradisi nenek moyang di samping mencerminkan keindahan dan keceriaan warisan Northern Plains mereka. Nama TÓPA yang bermaksud "empat" dalam bahasa Oceti Sakowin, melambangkan empat arah, empat musim, empat peringkat kehidupan dan empat warna yang bermakna. Dirajut intarsia dengan benang bulu dipintal tangan, kardigan uniseks ini mendapat namanya daripada makna simbolik warna merah. Melambangkan arah utara, angin merah yang membawa peluang untuk kekuatan dan pembaharuan. Kardigan ini menampilkan motif empat jalur unik yang melambangkan empat arah angin, kelajuan dan perlindungan, serta meniru rekaan yang mencerminkan kedudukan kita di alam semesta.
-
Butiran Produk
Butiran- Potongan gaya uniseks ini mengikut ukuran standard saiz lelaki kami. Kami mencadangkan pelanggan yang biasa membeli pakaian wanita Polo Ralph Lauren memilih satu saiz lebih kecil daripada saiz yang biasa dipakai.
- Contohnya, sekiranya anda biasa memesan saiz L wanita, kami mencadangkan anda memesan saiz S/M semasa membeli koleksi ini.
- Potongan Biasa: lebih lebar di bahagian dada dan mengekalkan siluet moden. Saiz S/M mempunyai ukuran panjang badan 71.1 cm (depan dan belakang), bahu 51.4 cm, dada 109.2 cm dan panjang lengan 57.2 cm.
- Kolar sebai dengan satu penutup togol di sebelah kanan. Plaket berpenutup togol. Butang togol tanduk asli. Lengan panjang dengan manset rajut rib. Dua poket selit di bahagian depan pinggang. Tali pinggang fabrik sama.
- Dihasilkan dengan kerjasama Manos del Uruguay, sebuah kolektif bukan untung artisan wanita luar bandar yang mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi. Setiap kardigan didatangkan dengan tag gantung yang ditandatangani dengan nama dan lokasi tukang mahir yang menghasilkannya.
- 100% bulu bebiri. Cucian kering. Diimport.
- Model lelaki setinggi 185 cm dan memakai saiz S/M. Model wanita pula setinggi 178 cm dan memakai saiz S/M.
- Lima peratus daripada harga jualan setiap barangan koleksi PRLx TÓPA akan didermakan kepada Thunder Valley Community Development Corporation untuk menyokong Inisiatif Bahasa dan Pendidikan Lakota mereka.
- Thunder Valley CDC berdedikasi untuk memelihara budaya dan tradisi Lakota dengan memperkasakan komuniti mereka melalui program seperti program imersi bahasa Lakota, seni tradisional dan penceritaan.
- ID Produk Dalam Talian: 100083507
-
Penghantaran, Pemulangan & Perkhidmatan Pengubahsuaian
Penghantaran & PemulanganKami kini menawarkan Penghantaran Standard (penghantaran dibuat dari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang dan memerlukan tandatangan).
- Penghantaran Standard, yang berharga RM60, tiba antara lima hingga lapan hari bekerja. Sekiranya pesanan anda melebihi RM600, anda boleh menikmati Penghantaran Standard percuma.
- Kami buat masa ini tidak menghantar ke Sabah, Sarawak dan Pulau Langkawi.
- Jika anda telah berubah fikiran atau tidak berpuas hati sepenuhnya dengan barang yang dibeli dalam talian di Ralph Lauren, anda boleh mengembalikannya kepada kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan barang untuk mendapatkan bayaran balik.
- Sila ambil perhatian bahawa pertukaran tidak dibenarkan untuk pembayaran yang dibuat melalui pemindahan bank.
Perkhidmatan PengubahsuaianKami menawarkan pengubahsuaian percuma untuk barang harga penuh. Untuk barang jualan dan barangan Ralph Lauren milik pelanggan, sila rujuk senarai harga sedia ada di kedai anda. Pelanggan mesti mengemukakan salinan invois mereka kepada kedai untuk membuat perubahan. Perubahan mungkin mengambil masa sehingga 14 hari..
Ubah suai percuma tidak ditawarkan untuk:- Item yang dibeli dengan harga diskaun atau menggunakan kod diskaun promosi
- Item yang tidak dibeli daripada kedai dan laman web Malaysia kami
- Kami menawarkan ubah suai asas seperti pemendekan panjang lengan, pemendekan panjang badan baju serta pemendekan panjang seluar.
- Disebabkan oleh fabrikasi, adalah tidak digalakkan untuk melakukan sebarang perubahan untuk pakaian rajutan, kemeja-T, kemeja Polo dan baju sejuk.
- Caj perubahan mungkin dikenakan, sila semak di kedai untuk maklumat lanjut.
- Untuk semua pertanyaan perubahan lain, sila hubungi kedai tempatan anda. Klik di sini untuk mencari kedai terdekat anda.
