Kemeja Oxford Berjalur Potongan Klasik Polo Ralph Lauren 1

Kemeja Oxford Berjalur Potongan Klasik

Polo Ralph Lauren

TIDAK TERSEDIA SEKARANG

This product is currently not available to shop. Click below to shop similar items.

Beli Item Yang Serupa
Kemeja Oxford merupakan antara produk terawal yang diperkenalkan dalam koleksi Ralph Lauren dan sejak dari itu, produk ini memperkukuh statusnya sebagai ikon gaya Polo. Fabrik kami dihasilkan dengan basuhan rahsia yang memberikan karakter tersendiri, keselesaan dan fabrik rintik yang lembut—ciri yang kami panggil "kerutan" yang sempurna. Formula ini sangat unik dan kekal rahsia selama lebih daripada tiga dekad. Sehingga kini, Encik Lauren sentiasa menghasilkan pelbagai variasi kemeja ikoniknya, termasuk versi kemeja berjalur yang dikemaskan dengan sulaman Pony ikonik pelbagai warna kami ini.
  • Butiran Produk

    Butiran
    • Potongan Klasik: Potongan lebih longgar di bahagian dada, pinggang dan lengan, dengan lubang lengan yang lebih rendah.
    • Saiz M mempunyai ukuran panjang badan belakang 80 cm, bahu 46.4 cm, dada 116.8 cm dan panjang lengan 87.6 cm. Panjang lengan diukur dari bahagian tengah belakang leher.
    • Kolar berbutang ke bawah. Plaket berbutang.
    • Lengan panjang dengan manset barel berbutang.
    • Yok belakang terbelah dengan lisu berkotak, memberikan potongan selesa dan memudahkan pergerakan.
    • Sulaman Pony ikonik pelbagai warna di dada kiri.
    • 100% kapas.
    • Boleh dicuci mesin. Diimport.
    • Tinggi model 185 cm dan memakai saiz M.
    • ID Produk Dalam Talian: 657043

Lengkapkan Penampilan Anda