1. Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan dan bilakah saya akan dikenakan caj?

Kami menerima kad debit dan kad kredit yang berikut: • Kad Kredit Visa, Kad Debit Visa, Kad Kredit Mastercard, Kad Debit Mastercard.

Kami juga menerima: Kad Hadiah Ralph Lauren

Anda akan dikenakan caj apabila anda membuat pesanan.

2. Bilakah pesanan saya akan dikirim dan bilakah pesanan yang diperibadikan akan dikirim?

Pesanan biasa akan dikirim mengikut tempoh masa yang dinyatakan dalam bahagian Pengiriman laman web kami. Sila tunggu 5 hingga 7 hari bekerja untuk membolehkan barangan dihantar dari gudang kami selepas anda membuat pesanan.

Pesanan Cipta Sendiri dihasilkan mengikut spesifikasi pelanggan dan pesanan termasuk produk Cipta Sendiri akan mengambil masa lebih lama daripada pesanan biasa untuk dihantar. Sila jangkakan penghantaran dalam tempoh 9-12 hari bekerja. Produk tersuai termasuk produk Cipta Sendiri tidak boleh dipulangkan atau ditukar.

3. Bagaimana pula jika saya berubah fikiran dan mahukan saiz atau warna yang berbeza selepas pesanan saya dibuat?

Selepas pesanan dibuat di RalphLauren.com.my, anda mempunyai kira-kira 15 minit dari waktu pembelian untuk membatalkan pesanan. Untuk bantuan mengenai cara membatalkan pesanan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.

4. Apakah yang harus saya lakukan jika saya tidak berpuas hati dengan pilihan saya? Bolehkah saya memulangkan barang yang dibeli? Bagaimana pula jika pesanan saya tiba dalam keadaan rosak?

Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan barang yang dibeli di RalphLauren.com.my, anda boleh memulangkan barang tersebut kepada kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan barang, untuk mendapatkan bayaran balik dengan mematuhi langkah-langkah yang digariskan dalam bahagian Pemulangan di laman web kami.

Kami mengeluarkan barangan Cipta Sendiri mengikut spesifikasi pelanggan yang bermaksud ia diperibadikan mengikut keperluan individu pelanggan kami. Oleh itu, barangan ini tidak boleh dipulangkan dan ditukar.

Sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui OnlineAssistance@ralphlauren.com.my, sekiranya pesanan anda tiba dalam keadaan rosak dan penasihat kami akan membantu anda.

5. Syarikat pengiriman manakah yang digunakan untuk menghantar pesanan anda?

Kami menggunakan FedEx TNT untuk penghantaran. FedEx TNT menghantar bungkusan dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 AM sehingga 6 PM dan memerlukan tandatangan. Sila pilih alamat penghantaran iaitu tempat anda berada semasa penghantaran dibuat.

Jadual penghantaran tertakluk pada ketersediaan produk dan pembayaran yang berjaya. Masa penghantaran sebenar juga mungkin berbeza bergantung pada lokasi pengiriman..