Bayangan elegan bagi bangunan bergaya Beaux Arts di seberang Madison Avenue, kedai utama empat tingkat ini dikhaskan kepada koleksi wanita dan rumah yang ikonik, serta menawarkan dunia pesona tak lapuk dek zaman dan perkhidmatan yang luar biasa.

Pasangan bersahaja kepada atap curam dan asal usul Goth kedai utama lelaki di Rhinelander Mansion yang berdekatan, kedai utama wanita di seberang Madison Avenue menampilkan koleksi mewah, Polo Ralph Lauren dan Ralph Lauren Home di seluruh dewan marmar Turkiye serta di tangga besar dengan ukiran besi.
Lebih menyerupai rumah agam bandar daripada rumah agam desa, bangunan ini ialah contoh terbaik dari segi keseimbangan; bersimetri sempurna dengan gerbang laluan masuk, teres tingkat dua dengan pelepar serta muka bangunan batu kapur Indiana dengan hiasan tunjalan. Reka bentuk bangunan ini menyerupai rumah bandar abad ke-19 yang memenuhi kawasan ini dahulu—terutamanya rumah Alva Vanderbilt, yang dibina di atas tapak yang sama pada era 1890-an.
Ruang elegan untuk berehat daripada kesibukan Madison Avenue, kafe bergaya Paris di kedai utama wanita menawarkan minuman espreso yang dibancuh oleh pakar, makanan ringan dan hadiah.