Chicago

Kaya dengan keanggunan tradisional namun moden, kedai utama seluas 3,440 meter persegi ini (iaitu kedai terbesar di dunia bagi jenama kami) terletak di Magnificent Mile, destinasi beli-belah mewah yang paling eksklusif di Chicago. Diilhamkan oleh Metropolitan Club New York City yang terkemuka, kemegahan kedai utama ini menampilkan gaya Renaissance Revival.

Tetamu akan memasuki galeri bilik dengan aksen mahogani gelap dan permaidani timur, di mana tangga besar membawa ke tingkat dua dan tiga—menampilkan koleksi pakaian dan aksesori lelaki serta wanita yang elegan, pilihan menyeluruh daripada koleksi Ralph Lauren Home, serta gaya untuk kanak-kanak dan bayi.

RL Restaurant

Di sebelah kedai utama terletaknya RL, restoran Ralph Lauren yang pertama yang dianggap sebagai salah satu pengalaman hidangan yang terbaik di Chicago. Menu restoran ini diilhamkan oleh hidangan klasik Amerika dan menawarkan menu tak lapuk dek zaman yang dipuji kritik tanpa dikekang oleh fesyen dan trend.

Kedai utama